bukan nak ckp pe dlm blog nih.. pasal aku dah ada blog sendiri,.. so promote blog je la.. http://keroll85.blogspot.com
pertikan ini diambil dari page http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/bab-percuma-dari-buku-rah...
Syukur kerana buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” siap diterbitkan. Walaupun buku ini belum lagi berada di pasaran, saya yakin anda akan memberikan sokongan yang hangat…
Bersempena keluaran buku ini, saya ingin melakukan sedikit promosi supaya lebih ramai mengetahui kewujudan buku ini dan seterusnya membantu meningkatkan jualan.
Sebelum itu, biar saya nyatakan bahawa walaupun buku ini memberi fokus kepada peniagaan MLM di Internet, kebanyakan cara pemasaran yang dibincangkan adalah sesuai sekali untuk sebarang pemasaran produk lain. Untuk memberi sedikit gambaran tentang kandungan buku ini, saya senaraikan tajuk yang bakal anda pelajari sekiranya anda mendapatkan buku ini nanti:
Isi Kandungan
PENGENALAN
Bab Satu : Apa yang patut dijangka di dunia Pemasaran Jaringan Internet
Bab Dua : Kebenaran di sebalik Pemasaran Jaringan
Bab Tiga : Penggunaan sebuah sistem Pemasaran Jaringan Internet yang sempurna!
Bab Empat : Rahsia di sebalik Pemasaran Jaringan Internet yang berjayaPEMASARAN PERNIAGAAN MLM INTERNET ANDA
Bab Lima : Kaedah penjanaan trafik yang berkesan
Bab Enam : Pengesanan iklan yang teramat penting
Bab Tujuh : Rahsia Pemasaran Jaringan Internet melalui forum online
Bab Lapan : Pengiklanan Ezine yang terbukti efektif bagi Pemasaran Jaringan Internet
Bab Sembilan : Penggunaan iklan Pay-Per-Click
Bab Sepuluh : Blogging bagi membina perhubungan erat
Bab Sebelas : Jadikan isi kandungan percuma sebagai bekalan pasif trafik dan prospek percuma!
Bab Dua Belas: Optimasi Enjin Pencarian – rahsia mutlak
Bab Tiga Belas: Kejayaan di dalam 5 langkah mudahPERGI DAN LAKUKANNYA!
Jangan hanya bermimpi
Ya, banyak cara promosi di Internet dibincangkan di dalam buku ini. Antaranya ialah pengiklanan di Ezine, Blog dan Pay-Per-Click.
Jika anda praktikkan salah satu cara pemasaran ini sahaja pun sudah cukup untuk mengorak langkah pertama anda.
Jadi, pastikan anda mendapatkan satu salinan buku ini nanti.
Dan, untuk memeriahkan lagi berita penerbitan buku ini, saya ada sesuatu yang istimewa.
Begini… sekiranya anda bantu saya menyebarkan berita ini di laman web atau blog anda, saya akan berikan SATU bab percuma daripada buku ini dalam bentuk PDF. Dari bab percuma ini, anda akan dapat melihat serba sedikit apa yang terkandung di dalam buku ini dan anda boleh nilai sendiri kualiti buku ini.
Tak perlu bersusah-susah kerana saya telah siapkan karangan ringkas untuk anda muatkan di dalam laman web atau blog anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah salin artikel di bawah (pastikan anda tidak ubah imej dan link yang disertakan) dan masukkan ke dalam laman web atau blog anda.
Tajuk: Dapatkan Bab Percuma Buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet”
Kandungan:
Sebelum ini Daegan Smith dan Zamri Nanyan telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” dan buku ini dijual di Amazon.com pada harga USD$39.95. (Wow! Mahal tu)
Jika anda berada di Malaysia, anda masih bertuah kerana dapat membeli buku ini pada harga yang sangat murah iaitu cuma RM29.90 (jangan beli di Amazon.com).
Kini, ada satu lagi berita baik untuk anda!
Buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” telah diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Tajuk yang diberikan ialah “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” dan ianya boleh diperolehi di MPH Bookstore atau kedai-kedai buku berdekatan pada harga RM29.90.
Buat masa yang terhad, Zamri Nanyan sedang menjalankan promosi memperkenalkan buku ini kepada orang ramai dan beliau sedang memberikan satu bab percuma daripada buku ini kepada sesiapa sahaja yang layak.
Untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan bab percuma buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” ini, sila lawati link di bawah:
Anda juga diberikan “Isi Kandungan” buku ini serta sedikit komen penulis mengenai buku terbaru ini. Jadi, klik link di atas dan jangan lepaskan peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang ada di dalam buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” ini.
Saya sudah dapat bab percuma buku ini. Anda bila lagi?

Dikisahkan oleh seorang usahawan di internet :-
Ketika pulang mengunjungi orang tua saya di Seremban beberapa minggu lalu, tiba-tiba kami dikunjungi oleh seorang lelaki yang tidak saya kenali namun nampaknya dikenali mesra oleh kedua orang tua saya.
Lelaki ini berbangsa Indonesia berketurunan Minang berpakaian kemas dengan beg sandang yang agak besar di bahunya. Setelah bertanya khabar lebih kurang, ibu saya mengeluarkan beberapa pasang kasut dari almari lantas menyerahkannya kepada lelaki tersebut. Setelah membelek-belek kasut-kasut yang diserahkan kepadanya, beliau mengeluarkan beberapa barangan yang berupa peralatan membaiki kasut. Oohhh! Rupa-rupanya lelaki tersebut adalah seorang tukang kasut!
Dalam masa beberapa beberapa minit sahaja, diselang-selikan dengan perbualan mesra, maka selesailah tugas beliau membaiki kasut-kasut tersebut. Setelah upah diberikan, lelaki tersebut beredar ke rumah sebelah pula… dan beberapa rumah lagi yang berikutnya. Nampaknya lelaki tukang kasut itu agak dikenali ramai penduduk di kawasan tersebut. Popular jugalah, kata abah saya.
Rupa-rupanya lelaki tukang kasut itu memang datang ke kawasan perumahan tersebut pada sebelah pagi setiap hari Sabtu. Menurut cerita abah saya, lelaki tersebut merupakan tukang kasut bergerak sepenuh masa dan beliau mempunyai ramai pelanggan tetap di seluruh bandar Seremban.
Saya tertarik berkongsi kisah ini dengan anda kerana lelaki ini amat bijak mengenalpasti peluang mencari rezeki. Secara tradisinya, jika nak baiki kasut, kita akan cari tukang kasut di kedai atau di kaki lima kedai. Saya berfikir sejenak… memang setiap kita ada kasut yang perlu diperbaiki. Namun, disebabkan leceh nak pergi mencari tukang kasut… nak cari parking, malas nak menunggu, tak yakin nak tinggalkan kasut kita untuk dibaiki dan bermacam alasan lagi, maka terperaplah kasut tersebut tak diperbaiki. Oleh itu tak hairanlah khidmat tukang kasut bergerak ini amat dihargai. Yalah… dia repair kasut kita tu on-the-spot, dirumah kita pula tu! Betapa bagusnya dan sungguh memudahkan. Kata orang putih… 'very convenient!'
Yang menariknya, bila dia sampai di depan rumah, pemilik rumah biasanya akan cuba beri bisnes kepadanya walaupun sebenarnya tiada kasut yang perlu diperbaiki. Maka diberikanlah tugasan menukar tapak ataupun memasang ladam. Setidak-tidaknya masuk jugalah minima 4-5 ringgit… Itu sebuah rumah, kalau sehari dia dapat 15-20 rumah?
Moralnya di sini ialah… betapa gigih dan kreatifnya golongan pendatang mencari rezeki di negara kita ini. Cuma kita yang tidak menyedarinya dan leka dengan nikmat yang tuhan limpahkan kepada bumi Malaysia ini. Soalnya mahu atau tak mahu sahaja. Tak nak berusaha lebih, nak senang sahaja… mana duit nak masuk?
"Satukan HATI Untuk Hidup Yang Lebih BAIK"

featured video