Hello...
All about me
IZINKAN AKU MENCINTAIMU SEMAMPUKU
Tuhanku
aku mula belajar mencintaiMu sejak kecilku
melalui asuhan ayah dan ibu
melalui madah Tuan Guru
lembaran wahyuMU kupelajari
sabda nabiMU kuhayati
masih terpahat dalam ingatan.
Tuhanku
aku tidak mampu mencintaiMU seperti Saidina Abu Bakar
Sanggup menyerahkan seluruh hartanya
atau seperti Saidina Omar
Yang menyerahkan separuh hartanya
demi mencari keredhaanMU
izinkan aku mencintaiMu melalui amalku yang singkat
dan sedekahku yang sedikit.
Tuhanku
aku tidak mampu mencintaiMU
melalui solat yang kusyuk
Seperti Saidina Ali
Tidak Berasa sakit
walau panah menembusi kaki
izinkan aku mencintaiMU
melalui solat yang kulakukan dalam waktu yang terbatas
Tuhanku
Izinkan aku mencintaiMU
dengan mencintai keluargaku
Saudara-saudaraku
Sahabat-sahabatku dan orang-orang alim di kalangan kami.
Tuhanku
Izinkan aku mencintaiMU semampuku
betapa kerdilnya diri inI
di sisi kebesaranMU Ya Allah
AKU DAN CINTA
Tuhanku
aku ingin tersenyum
dalam mahligai syahdu
meski pun dalam angan-angan
semoga bahagia membalut jiwa ini
Yang hanya milik-Mu
Tuhanku
cinta itu tertanam di hati
halus bagai benang sutera
lembut bagai sentuhan sayap kupu-kupu
jangan biarkan aku menangis sendirian
Temani aku dengan ribuan mawar merah
aku ingin menari dan menyanyi
bersama tiupan angin syurga.
Tuhanku
Kutitipkan segumpal rindu ini di puncak salju
semoga matahariMU terus bersinar
dalam irama yang lembut
aku sujud di hadapan-Mu
Semoga bahagia ini miliku
Yang abadi.
KU CURAHKAN RINDU
Bertahun lamanya kupendam impian
Kini aku datang menyahut seruan-Mu
Pasrah diri di sisi Kaabah yang suci
Bersama deraian air mata ketakwaan
Di sini kucurahkan rindu
Sambil tawaf, mengelilingi rumah-Mu
Lautan manusia menjadi saudara
Mengerjakan Sa’i dan mengucup Hajaratul Aswad
Airm ata pun bercucuran
Betapa kerdilnya diri ini
Di tepi kebesaran-Mu
Rindu ini kucurahkan di sini
Sambil membalut luka
Kuteguk air Zam-Zam bersama sejarahnya
Lalu berdoa di bawah pancuran emas
Dan sembahyang sunat di makam Ibrahim
Di padang Arafah yang penuh rahsia
Kutemui arti persaudaraan kasih sayang dan ujian
Bermalam di Mina membawa impianku membara
melontar jumrah kutemui sebuah duka
satu kenikmatan dalam kepayahan
Di Madinatul Munawwarah
Sekali lagi kucurahkan rindu ini
Perasaan berkocak di sisi pusara nabi-Mu
kupanjatkan doa di Rawdhah
Dan menziarahi perkuburan Baqik
Di saat berpisah terasa berat kaki melangkah
Air mata pun bercucuran
Berserah pada-Mu Tuhan.
Note:Dipetik daripada puisilatip.blogspot.com
Seawal 7.30 pagi syafa dh tiba kt tempat praktikal.Tunggu kawan sampai jap then naik office mama breakfast sesame.past breakfast dlm kul 8pg syafa&member syafa R-da pn jalan kaki g kat unit latihan untuk sesi pendaftaran.X dela jauh sgt pn dlm 10minit je jln kaki.Klu nk g dgn kete pn lh gk tp ktorg plh utk jln kaki je sbb nnt nk kena g smula kt opis mama sbb tempat praktikal tu bwh opis dia je.klu g dgn kete nnt ssh lak nk dpt parking.pas sesi pendaftaran tu ktorg pn lapor diri kat tempat praktikal tu.Perasaan ktorg Tuhan je yg tau.takut sgt...
maklumla ilmu di dada ni bknla cukup sgt.buatnye dia srh wat something yg ktorg x tau mmg parahla.Lepas selesai semua tu akak tu suh ktorg msk blk latihan join student praktikal yg laen.terkejut gk sbb tgk diaorg sume duk surf internet.rupanya2 penyelaras x de.So diaorg suh wat keje sndiri je.Sebaik shj ktorg duduk bdk2 praktikal dr U laen mcm UTM,unimas,kolej komuniti sume dtg kt ktorg perkenalkan diri.Siap borak2 lg.Mmg peramah la diaorg.pastu ble ms rehat utk mnm pg tu diaorg ajk g mnm sesama siap tlg bkk kan pintu lg.Mak oii,terharunya.Tp tahap kebosanan duk d cini melebihi segala2nya.X tau nk wat pe.Asyik mengadap internet je.rs mcm jarum jam tu lmbt je bergerak.Bsn yg teramat sgt...now time to go home...hoorey seronoknye.C u guys next time![]()