Yahoo! 360° News | Beta Feedback
Start your own Yahoo! 360° page

zurin

Top Page  |  Blog  |  Friends  |  Lists  |  Groups

  • Work: Sykt Automobil

Add

zurin is not connected to you in Yahoo! 360°.

Last updated Thu Dec 21, 2006 Member since October 2005

Tanpa mu... Seperti bernafas di dalam air Seperti dahaga di gurun Sahara Seperti berenang di lautan api!

1 - 5 of 45 First | < Prev | Next > | Last

zurin's Blog Full Post View | List View

Semoga Hubungan Yg Terjalin Berkekalan

Buat mu teman yg amat ku kasih
Buat mu teman yg amat ku kasih magnify
Sukar sekali bagiku ,
menyampaikan cinta yang kulakarkan ini ...
bimbang seandainya hatimu telah dimiliki ,
takut pula seandainya engkau tidak dapat menerima diri ini ...
Aku pernah menerima kegagalan dalam mencari cinta ,
dan aku tidak mahu gagal dalam cinta ini ...
kerana cinta ini hadir tanpa ku undang ,
ia datang tanpa ku duga ...
Sepanjang mengenalimu ,
aku tidak pernah terfikir yang aku akan jatuh cinta kepadamu ,
aku senang berkawan denganmu ,
engkau telah banyak membantuku ...
hatiku begitu tenang setiap kali melihat wajahmu ...
dan kalau boleh , aku tidak mahu berjauhan darimu ...
tetapi ... siapalah diriku untuk terus berharap ....
biarlah ... mungkin esok atau lusa atau pada bila-bila masa ...
seandainya ada kesempatan ... akan kubisikkan cinta ini ke ruang hidupmu ...
tapi ... aku tidak pasti bilakah saat itu akan tiba ...
tapi , aku yakin ... ia tidaklah begitu lama ...
harap engkau membaca luahan ini ...
ketahuilah ... aku senang berkawan denganmu ...

Namun , seandainya ada insan lain di hatimu ,
aku sedia berundur ...
kerana aku sudah mula memahami cinta ...
ia hadir tanpa dipaksa ...
dan sesungguhnya tiada paksaan dalam cinta ,
kerana cinta tidak boleh dipaksa ...
Friday July 13, 2007 - 01:29pm (SGT) Permanent Link
Saujana Ilhamku
Saujana Ilhamku magnify

buat tatapan teman2 yg sudi menjengah blok kegemaran ku.

pic nie diambil masa aku menghabis kan masa di cameron highland. bercuti ngan klrga..lama tak kesana dalam 3 tahun banyak yang berubah dari segi jalan n bukit2 bukau. yang pasti tak lah sejuk mana kat sana sebab dah banyak pokok2 dan lereng2 bukit dah di usahakan.

masih berkesempatan melawat ladang2 teh yang menghijau. disini ku abadikan sekeping potret utk dijadikan kenangan2.

Wednesday June 13, 2007 - 03:59pm (SGT) Permanent Link
Ketika Hati Merintih Pedih..

Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu....

Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..

Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas pintu hatiku Kau buka
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakan..
pada mereka yang terus melukakan...

Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam

Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
semoga penyesalanku kau terima...

Monday April 23, 2007 - 02:03pm (SGT) Permanent Link
Teman Ku Sanjung Kejujuran Mu

Terima kasih wahai teman

Di atas kejujuran yang kau berikan

Tatkala aku amat memerlukan

Dalam mencari sebuah pengharapan

Jujur mu dalam berkata

Mencelikkan mata ku yang telah lama buta

Dek kerana melayan perasaan ku semata

Jujur mu itu bagi ku teramatlah bermakna

Seringkali hati ku terluka

Angkara helah, tipu daya manusia tiada berjiwa

Kau ungkapkan kejujuran mu segala

Meleraikan persoalan yang bermain di minda

Walau itu ku anggap suatu jawapan

Yang mungkin telah lama kau simpan

Yang mungkin juga akan kau berikan

Bila sampai waktu yang bertepatan

Jika itu satu kejujuran dari mu

Pasti ku redha di hati ku yang satu

Akan ku simpan segala kata-kata mu

Walau rindu ku untuk mu datang bertamu

Friday February 23, 2007 - 01:48pm (SGT) Permanent Link
Happy Valentine Day
Happy Valentine Day magnify

DIHIMPIT DICENGKAM RINDU
GERIMIS DUKA KU MENGGAMIT KENANGAN SILAM
RESAH NAN PILU MENGHAMPIRI

SUNGGUHNYA MALAM KU KELAM
PEDIH KEMELUT CINTA DINGIN KELU BICARA
UNTUK MENGUNGKAP RINDU

SAYANG KU MUNGKIR PADA KEJUJURANMU
MENOLAK SEGALA BAHGIA DI HADAPANKU
MASIH KU MUNGKIR PADA KATA JANJIKU
BERLARIAN KU JAUH DARI CINTAMU
KU KESALI

DIHANYUT DILAMBUNG OMBAK LARA
SEPI KU BERKELANA
KU LAYARI JIWA NESTAPA
MENGGAGAHI RASA KESAYUAN
LEBURNYA HARAPAN CINTA
NAMUN KESSETIAANMU
KU GENGGAM BAGAI HUKUMAN
MENGHERET LANGKAHKU

MAAFKAN DAKU KEKASIH HATI
CINTA KITA BERAKHIR
MAAFKAN KASIH
KERANA KU MEMUNGKIRINYA
MAAFKAN DAKU KEKASIH HATI
CINTA JADI BEGINI
MAAFKAN KASIH
MEMUNGKIR BAHAGIA

Wednesday February 14, 2007 - 10:42am (SGT) Permanent Link

Add zurin's Blog to your personalized My Yahoo! page:

Add to My Yahoo!RSS About My Yahoo! & RSS
1 - 5 of 45 First | < Prev | Next > | Last